Kek Coklat Cheese Kukus Mudah Guna Acuan Lompang
Siapa peminat kek coklat lapis cheese? Boleh cuba buat resepi ni. Sangat mudah dihasilkan, hanya dikukus dalam acuan lompang. Sesuai untuk buat jamuan, jualan atau makan sendiri dekat rumah. Satu adunan boleh dapat dalam 25 – 30 biji kek.
Bahan Untuk Kek:
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1/2 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan Untuk Lapisan Cheese:
- 250gram cheese (saya guna brand Tatura)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3-4 sudu besar gula
Cara Membuat:
1. Cara Buat Adunan Cheese; Putarkan cheese sampai lembut. Masukkan telur + tepung gandum + gula. Mix sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
2. Cara Buat Adunan Kek; Pecahkan telur dan masukkan gula. Putarkan sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, dan soda bikarbonat.
3. Seterusnya, masukkan fresh milk + air sikit-sikit, gaul slow slow dan biar sebati baru putar guna mixer. Agihkan dalam bekas lompang untuk 1st layer (coklat), anggaran sukatan dalam 2 sudu besar. Kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus, agihkan 2nd layer (cheese). Tak perlu angkat bekas dari pengukus. Sambung kukus lagi selama 5 minit. Agihkan 3rd layer (coklat), sama jugak tak perlu angkat dari bekas pengukus. Sambung kukus selama 20 minit.
5. Tutup api, sejukkan dulu kek, kemudian keluarkan dari acuan lompang. Boleh hias ikut suka awak. Sangat senang, selamat mencuba.
Guna Serbuk Koko Macam Ni Baru Betul Rasa Coklat >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nuralia Idayu