Daging

Rendang Daging Cili Padi Pedas Memikat Selera

rendang-daging-cili-padi-pedas-memikat-selera

Rendang Daging Cili Padi Pedas Memikat Selera

Cerita petang tadi. 4 pm-7 pm.

Bahan-Bahan:

  • Daging Lembu 2 kg yang telah siap dihiris, basuh & tos.

Bahan A:

  • Cili padi 20 tangkai
  • Bawang besar 10 biji
  • Bawang merah kecil 10 biji
  • Bawang putih 10 biji
  • Lengkuas 2 inch
  • Kunyit 2 inch
  • Halia 2 inch
  • Serai 4 batang
  • Biji ketumbar 2 sudu besar
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Jintan putih 1 sudu besar

Ketumbar & jintan-jintan sangai terlebih dahulu.

Bahan-Bahan Lain:

  • 2 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Daun kunyit hiris nipis
  • Santan kara 2 x 200ml
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula melaka secukupnya
  • Kerisik 5 sudu besar
  • Mushroom seasoning secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

1. Kisar bahan A dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian, masukkan kayu manis dan bunga lawang. Gaul seminit, lepas tu masukkan bahan kisar. Gaul rata sebati hingga keperangan dan cantik terbit minyak. Api kena jaga jangan besar takut hangus.

2. Seterusnya, masukkan daging. Gaul rata. Biar daging mereneh seketika hingga keluar air daging, kacau rata sesekali. Kemudian masukkan air secukupnya, kalau boleh biar daging tenggelam. Tutup kuali dan biar daging masak hingga empuk dan lembut. Saya masak tadi dalam 1 setengah jam macam tu. Sesekali gaul rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Keema Daging dan Timun Yogurt

3. Bila daging dah empuk, masukkan air asam jawa, gula melaka dan mushroom seasoning. Gaul rata. Kemudian masukkan santan. Gaul rata, bagi santan mendidih dan masak. Masukkan garam secukupnya. Air asam jawa dan gula boleh adjust juga lagi ikut keperluan masing-masing.

4. Kemudian masukkan kerisik. Gaul sebati tak perlu lama dalam 5-10 minit. Kemudian taburkan daun kunyit. Siap. Cili padi merah tu saya saja tambah. Selamat mencuba.

Rendang Daging Cili Padi Pedas Memikat Selera

Resepi Oleh: Nurulhuda Yaakub