
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai Merencik
Siapa kat sini suka makan ikan siakap 3 rasa?. Ni ariana bagi resepi 100% olahan sendiri untuk korang try. Bersedia untuk tambah nasi ye.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap (garam + 1 sudu besar tepung jagung)
- 5 biji Bawang merah (dicincang halus)
- 5 ulas Bawang putih (di cincang halus)
- 1 batang serai (dihiris halus)
- 4 sudu besar cili giling
- 4 sudu besar sos cili
- 6 sudu besar sos manis thai (sos cili thai)
- 6 biji Cili api (hijau + merah)
- 2 biji tomato di potong dadu
- 1/3 biji nenas di potong dadu
- 1 mangkuk kecik minyak untuk menumis
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 cawan air masak
- Daun sup
Cara Memasak:
1. Gaul ikan siakap bersama garam dan 1 sudu besar tepung jagung. Lepas tu goreng ikan dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Dah siap ketepikan.
2. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan lada giling dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan sos manis thai. Kacau sehingga sebati. Masukkan nenas, tomato dan serai. Kacau lagi. Lepas tu masukkan cili api, garam dan air. Masak sehingga pekat.
4. Dah siap tuangkan kuah atas ikan siakap. Lepas tu boleh tabur sikit daun sup atas ikan. Boleh tambah cili api kalau nak lebih pedas.
Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad