Ayam, Kari

Kari Ayam Pekat Kalau Letak Yogurt Rasa Lebih Sedap

kari-ayam-pekat-kalau-letak-yogurt-rasa-lebih-sedap

Kari Ayam Pekat Kalau Letak Yogurt Rasa Lebih Sedap

Siapa sini tak pandai masak kari? Kita geng. Dari dulu kalau saya masak kari, selalu tak menjadi. Sampailah saya jumpa satu resepi kari yang sangat sedap ni. Kau orang kena cuba!

Bahan-Bahan: (3 orang makan)

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu teh pes halia
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai cili
  • 1 biji tomato
  • 350-400ml tairu/yogurt
  • Garam dan gula secukupnya

Sebelum mula, nak beritahu; Kalau guna bawang merah ros lagi sedap. Kalau tak ada pes bawang putih dan halia, sagat yang segar. Tairu tu adalah susu masam. Boleh juga guna yogurt.

Cara Memasak:

1. Cincang bawang merah, dan tumis sehingga layu dan beraroma. Saya guna banyak bawang. Kalau bawang besar, guna 2 biji. Kalau bawang merah ros, gunalah dalam 6-8 biji. Kemudian, tumis pes halia dan bawang putih.

2. Masukkan halba campuran. Ada halba, jintan dan biji sawi. Masukkan dan tumis sampai harum. Letak rempah ni, kari jadi sedap tapi jangan banyak sangat tau, nanti jadi pahit maung.

3. OK, masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis! Ada orang bancuh dulu, tapi saya biasa tak bancuh. Ada juga orang tak tumis. Terpulang pada cara masing-masing.

4. Masukkan ayam dan gaul sampai rempah menyelaputi ayam. Jika tak nak gunakan ayam, boleh ganti dengan daging kambing atau lembu. Kalau nak masak kari ikan resepi dia lain sikit.

5. Kalau pakai yogurt, jangan letak banyak sangat. Letak separuh bekas tu je. Kalau letak semua, akan masam sangat. Saya pergi letak semua pula haha. Tapi jangan risau ada cara nak kurangkan masamnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Fajitas Ayam Mexico

Ini trik dia! Kita letak secubit baking soda! Letak sedikit demi sedikit sampailah jadi kemasaman tu turun pada tahap yang diingini. Jangan letak banyak sangat pula, nanti ada rasa kelat.

6. Lepas dah gaul ayam dengan yogurt, masukkan air separas ayam. Jangan tanya berapa mililiter, agak-agak sahajalah. Kemudian reneh dengan api sederhana sehingga empuk.

7. Kalau nak cepat empuk, tutuplah periuk atau kuali. Sementara tu bolehlah kemas dapur. Orang kata, kalau lelaki masuk dapur, mesti macam tongkang pecah jadinya dapur tu. Betul ke?

8. Ayam dah agak empuk, bolehlah masukkan belahan cili hijau dan tomato. Gaul-gaul sikit. Perasakan garam dan gula. Kemudian reneh sikit lagi sampai cili dan tomato jadi layu.

9. Kalau ada yang suka kari bersantan, bolehlah letak. Kalau tak mahu, boleh juga. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan gaduh-gaduh. Saya letak sesudu je santan kotak ni.

10. Siap! Sedap gila kari ni. Kuahnya pekat, yogurt tu buat dia berlemak tapi tak muak sebab ada rasa masam. Boleh rasa beza masak kari letak halba campuran tu. Memang lebih sedap.

Kari Ayam Pekat Kalau Letak Yogurt Rasa Lebih Sedap

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan