Kuih Muih

Resepi Donut Minion Viral Gebu Macam Kapas

resepi-donut-minion-viral-gebu-macam-kapas

Resepi Donut Minion Viral Gebu Macam Kapas

Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.

Bahan-Bahan:

  • Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh)

Bahan Uli:

  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1sb gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
  • 1sb Majerin – guna cap pelangi je
  • 1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bhn kek ada)
  • Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base fodd colouring)

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.

2. Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk atau besen kemudian tutup dengan plastic wrap.

3. Biar doh kembang penuh mangkuk, lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan. Kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.

4. Lepas tu, bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Donut Kampung Gebu

5. Lenyekkan doh, kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).

6. Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.

7. Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icing + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Akak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.

Nota: Kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.

Resepi Donut Minion Viral Gebu Macam Kapas

Resepi Oleh: Fienaz Shafie