Pastry, Roti

Cara Buat Bun Sosej Menggunakan Breadmaker

cara-buat-bun-sosej-menggunakan-breadmaker

Cara Buat Bun Sosej Menggunakan Breadmaker

Bahan-Bahan:’

  • 10 btg sosej dicelur
  • 290g tepung roti/high protein (HP) – diayak
  • 1 tsp bread improver (BI) – diayak
  • 1 tsp bread softener (BS) – diayak
  • 4 tbsp gula kastor
  • 165g susu segar
  • 35g butter dicairkan
  • 11g instant yeast
  • 1 bj telur dipukul sedikit
  • 1/4 tsp garam
  • Bijan sebagai hiasan

Bahan Sapuan –

  • 1 bj kuning telur
  • 1 bj telur
  • 10g susu tepung full cream
  • 25g susu segar

+ Campurkan semua bahan dan whisk sebati

Cara Membuat:

1. Masukkan kesemua bahan cecair iaitu susu, butter dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Diikuti dengan garam dan gula.

2. Kemudian, masukkan tepung, BS & BI. Buatkan 1 lubang kecil dengan jari di atas tepung lalu masukkan yis.

3. Tekan setting doh (10) dan tunggu selama 1 jam 30 minit hingga selesai serta doh naik cantik.

4. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh. Sapukan tangan dengan tepung HP supaya doh tak mmelekat ditangan.

5. Keluarkan doh dan bahagikan doh sebanyak 10 ketui dengan berat 60g setiap satu. Bentukkan doh memanjang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Overnight Bomboloni Dengan Blueberries Cream Cheese

6. Ambil 1 batang sosej dan lilit sebanyak 3 kali lilitan dibahagian tengah. Buat hingga habis. Susun di dalam loyang yang telah digilis butter.

7. Biarkan doh naik 3 kali ganda selama 45 minit. Kemudian, sapukan dengan bahan sapuan serta taburkan bijan sebagai hiasan.

8. Bakar pada suhu 150c selama 25-30 minit ikut oven memasing. Keluarkan dari oven, tunggu 10 minit, baru pindahkan ke atas redai.

Cara Buat Bun Sosej Menggunakan Breadmaker

Resepi Oleh: Kak Roy