Tips

Tips Ringkas Buat Kek Batik Sedap dan Lembut

tips-ringkas-buat-kek-batik-sedap-dan-lembut

Tips Ringkas Buat Kek Batik Sedap dan Lembut

Dah nama kek batik, kek mestilah texture dia lembut, kalau crunchy kita panggil biskut batik.

1. Pemilihan serbuk koko sangat penting. Dulu saya pakai je repack tapi kalau kena nasib tak baik dan asyik-asyik tukar repack kejap store tu kejap store ni. Jadi rasa kek tak akan konsisten. Baik kita decide brand mana yang lebih sedap dan mampu milik. Serbuk koko hershey pun sedap tau.

2. Elemen paling penting dalam kek batik ialah pemilihan antara butter atau marjerin (atau butterblend seperti buttercup).

Jujur saya katakan saya pernah pakai butterblend jenama buttercup. More to marjerin. Rasa dia sedap cuma dia masin sikit. Jadi kalau kita pakai buttercup, kita kena faham citarasa setiap orang tu tak sama. Ada yang tak suka sebab masin ada yang ok je rasa sedap. Bagi saya memang masin tapi of course sedap.

Dan cadangan saya juga anda boleh buat nisbah 1:1 kalau nak campur marjerin dengan pure butter. Supaya rasa lebih balance. Kalau dalam resepi pakai 100g butter. Tukar la jadi 50g marjerin atau buttercup dan 50g pure butter. Pun sedap, masin dia pun just nice saja. Kalau pakai full 100% pure butter lagi wangi lagi sedap.

3. Bila masa sos atau kuah kek batik tu jangan terlalu lama atas api dan bila kacau wajib kita ambil yang dasar-dasar kuali tu biar tercampur rata semua. Kadang-kadang bila kuah yang terlebih masak dia akan jadi pahit. Jadi pastikan api perlahan dan sentiasa kacau.

4. Nak tukar jadi crunchy senang ja, jangan letak telur. Lepas kuah dah siap tunggu dalam 20 minit baru masukkan biskut atau lebihkan biskut dalam 100g dari sukatan asal. InsyaAllah crunchy.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Span Marble Susu

5. Tak letak ganache pun boleh cuma letak melted chocolate sahaja. Kena faham ganache itu hanya dipanggil ganache sekiranya dia ada 3 bahan utama ni iaitu dairy whipping cream (wc), chocolate dan butter. Kalau kita cairkan chocolate sahaja, bila kita letak dalam peti dia akan keras. Kalau ganache dia lembut walaupun letak dalam peti sebab penggunaan wc tadi.

Jadi cairkan je cadbury atau milk chocolate. Dah cair elok gaulkan bersama badam atau apa-apa kekacang. Ikut la nak letak bnayak mana. InsyaAllah sedap.

Itu saja sharing saya setakat ni. InsyaAllah akan ada lagi tau.

Tips Ringkas Buat Kek Batik Sedap dan Lembut

Oleh: Muhammad Ali