Masakan Barat

Lasagna Daging Cheese Tertarik Mudah dan Lazat

lasagna-daging-cheese-tertarik-mudah-dan-lazat

Lasagna Daging Cheese Tertarik Mudah dan Lazat

Ada ke yang suka makan lasagna? Hari ni ariana nak share cara ariana masak lasagna.

Bahan-Bahan:

  • 11-12 keping lasagna
  • 600 gram daging cincang
  • 1 sudu cili giling
  • 3 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar oregano
  • 1sk secukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1sk garam
  • 680 gram sos pasta tomato prego
  • 1/2 cawan air

Bahan Sos Putih:

  • 400ml susu full cream
  • 2 sudu besar butter
  • 1sk gula
  • 2 sudu besar gandum
  • 2 slice cheddar cheese

Bahan Sos Merah:

  • 100 gram tomato puri
  • 1 sudu besar minyak

Cara Memasak:

1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging cincang dan tumis sehingga daging bertukar warna.

2. Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati. Masukkan oregano, gula, garam, secukup rasa dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan air. Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan.

3. Dalam kuali lain cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan tak berketul. Masukkan pula susu full cream dan gula. Kacau sebati. Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat. Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos lagi pekat.

4. Dalam bekas lain masukkan sos tomato puri + minyak masak. Kacau sebati. Ariana guna bekas kaca 9 inci (boleh bakar dalam oven). Sementara itu, rebus lagsana dulu sehingga lembut. Bila dah lembut toskan. Pastikan susun elok supaya tak melekat dengan yang lain.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Lamb Chop

5. Susun lagsana dalam bekas tadi sos tomato tadi. Letak inti daging dan ratakan, kemudian letak sos putih di atasnya. Taburkan mozarella cheese dan daun basil (nak guna oregano or yang lain pun boleh).

6. Ulang semula dengan letak kepingan lagsana, daging, sos putih, cheese sehingga ke lapisan teratas. Ariana buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali tabur dengan oregano.

7. Dah siap balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170c selama 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Boleh kurangkan masa atau suhu. Ok. Lagsana dah masak. Nak nampak perang bahagian atas, buka aluminium foil dan bakar 5 minit lagi.

Lepas tu potong dan hidangkan. Selamat mencuba.

Lasagna Daging Cheese Tertarik Mudah dan Lazat

Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad