Masakan Barat

Resepi Makaroni Bakar Sos Putih Buat Sendiri

resepi-makaroni-bakar-sos-putih-buat-sendiri

Resepi Makaroni Bakar Sos Putih Buat Sendiri

Hujan hujan ni kita makan macaroni bakaq panas-panas memang padu. Guna bahan apa yang ada kat rumah, kita buat veesion macaroni bakaq tanpa sos prego.

Bahan-Bahan:

  • bawang holland 1 bjik – cincang
  • bawang putih 5 ulas – cincang
  • macaroni 100gram (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
  • daging cincang 400gram
  • capsicum 1 bijik – potong dadu
  • carrot 1 bijik – potong dadu
  • daun bawang
  • cabai hidup – hiris
  • rempah kari 4 sudu
  • rempah sup 2 sudu
  • garam dan gula secukupnya
  • sos tiram 2 camca besar
  • cendawan butang – hiris

Bahan Sos Putih:

  • 1 cawan setengah fresh milk
  • 2 camca besar butter
  • 1 camca besar tepung jagung bancuh sikit dengan air panas (kacau supaya tak berketul-ketul)
  • 2 slice cheddar cheese

Cara Membuat:

1. Rebus macaroni dahulu dan ketepikan. Tumis bawang holland dan bawang putih. Masukkan daging cincang, masukkan rempah kari, rempah sup, sos tiram dan tumis.

2. Kemudian, masukkan carrot, capsicum dan cendawang butang. Kacau dan masak sehingga rata. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Lamb Chop

3. Untuk buat sos putih, masukkan butter dan masak hingga cair. Kemudian tambah fresh milk, tepung jagung dan 2 slice cheddar cheese.

4. Sos putih boleh tuang atas permukaan macaroni sebelum dibakar. Untuk sapa yang suka cheese, boleh tabur cheese mozarella. Masak selama 10 minit dengan suhu 180c. Taburkan fresh parsley untuk hiasan. Siap.

Resepi Makaroni Bakar Sos Putih Buat Sendiri

Resepi Oleh: Mastura Mukhtar