Kuih Muih

Bingka Jagung Lemak Manis Garing Sikit Lebih Sedap

bingka-jagung-lemak-manis-garing-sikit-lebih-sedap

Bingka Jagung Lemak Manis Garing Sikit Lebih Sedap

Bingka jagung sauna dalam oven. Mana yang nak resepi kat bawah ya. Dok bancuh tadi dah terasa kesadapannya, tak sabar tunggu masak. Saya kalau buat bingka memang bakar kejap atas dapur Sebab suka tang garing. Nyummy.

Bahan A:

  • 3/4 cawan gula pasir
  • 4 biji telur gred A@B
  • 1 kotak santan Kara (200ml)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air tapis
  • 1/2 sudu teh garam halus@sesedap rasa (lepas siap bancuh boleh rasa dan tambah sedikit lagi jika rasa kurang dan tak bangkit rasa lemak)

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan lebih sedikit jagung manis ala krim
  • 1 sudu makan Bes perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

Bahan Hiasan: Sedikit bijan – hitam atau putih ok ja

Cara Membuat:

1. Satukan bahan A dan blend sehingga sebati. Kemudian masuk semua bahan B seperti tepung, jagung manis krim, perisa jagung dan pewarna kuning. Blend lagi hingga semua sebati, sambil-sambil tu bolehlah mula panaskan oven.

2. Sediakan loyang size 8 atau size 9, sapukan sedikit minyak atau marjerin. Kemudian panaskan sekejap loyang atas dapur gas dengan api perlahan. Apabila loyang dah panas, tuang kesemua adunan ke dalam loyang. Hentak-hentak manja loyang, kemudian taburkan bijan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Susu Cheese

3. Terus bakar dengan suhu 200C selama 1 jam atau hingga cantik garing atasnya. Api atas bawah ya. Bila dah masak, wajib sejukkan terlebih dahulu sebelum potong. Siap (dah habis baru teringat tak ambik gambar yang siap potong).

Bingka Jagung Lemak Manis Garing Sikit Lebih Sedap

Resepi Oleh: Jalilah JJ Homemade