Garlic Parmesan Chicken Skewers Sedap Makan Panas-Panas
Dinner hari tu aku buat ni “Garlic Parmesan Chicken Skewers” sharp 7 petang habis makan. Kita teruskan journey IF kita. Fuh kenyang betul makan sorang 8 cucuk. Tak makan nasi kita. Resepi ni aku ubah sikit. Ikut tekak aku. Boleh cari video kat TT kalau tidak terbayang di minda ye.
Bahan-Bahan:
- Isi ayam
- 2-3 sudu minyak zaitun
- 3 sb serbuk cheese parmesan
- 3 ulas bawang putih cincang
- serbuk lada hitam
- serbuk paprika
- 1/2 buku unsalted butter
- daun parsley
Cara Membuat:
1. Perap isi ayam; Mula-mula potong isi ayam kecil-kecil. Dalam mangkuk berisi isi ayam, buh 2-3 sudu besar olive oil, 3 sudu besar serbuk cheese parmesan, 3 ulas bawang putih cincang, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit serbuk paprika. Perap la setengah jam ke 1 jam. Letak tepi. Dah siap perap, cucuk dengan lidi. Kemudian, susun atas tray oven.
2. Buat garlic butter untuk disapu atas ayam nanti; Setengah buku butter separa lembut dan cair, kira senang nak kacaula. Aku pakai unsalted so aku buh garam sikit. Cincang parsley segar masuk dalam tu jugak. Takde yang segar, yang herb pun boleh. Tak dilupakan minced garlic. Gaul sebati dan letak tepi.
3. Bakar skewers; Masa korang tengah buat garlic butter tu bakar je skewers tu. Dengan suhu 220c darjah celcius selama 25 minit. Ni oven aku lah. Half way dalam 15 minit tu korang bukak oven, sapu garlic butter tu dekat ayam. Bakar sampai tempohnya ayam masak dan garing sikit. Nak tabur parmesan time ni pun boleh. Dah masak sapu lagi garlic butter tu.
Siap. Makan pepanas. Memang layan.
Guna Herba Campuran Macam Ni Untuk Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


