Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Ketam Sambal Bersama Telur Pecah

resepi-ketam-sambal-bersama-telur-pecah

Resepi Ketam Sambal Bersama Telur Pecah

Bila dah dapat isi ketam yang padat, memang sedap dibuat masak lemak, kari. Kali nih, isinya padat, kita buat ketam sambal pecah telur. Memang sedap bila dimakan nasi, nak makan bersama roti pon boleh tahan sedapnya. Manis ketam turun pada telur yang dipecah, tak percaya? kena Cuba masak dahulu baru tahu.

Bahan-Bahan:

  • 2 kilo ketam (dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 Biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 cm halia (dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai dikatok
  • 1 Biji tomato (dipotong dadu)
  • 4 butir telur ayam
  • SOS cili 2 sudu besar
  • SOS tomato 2 sudu besar
  • SOS ikan 1 sudu besar
  • SOS tiram 2 besar
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk belacan (jika suka)
  • Daun bawang (jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkan serai, biarkan aromanya naik dahulu. Masukkan halia dan bawang putih, masak sehingga sedikit keperangan. Masukkan bawang dan masak seketika.

2. Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak. Apabila Sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianyanya masak seketika.

Cuba Resepi Ni:  Sangat Mudah dan Sedap Sambal Sardin Thai

3. Masukkan sos ikan, sos, tomato, sos cili, sos tiram dan gaul rata. Masukkan ketam dan 1 cawan air, biarkan ketamnya masak dengan sempurna (API SEDERHANA). JIKA KUAHNYA KERING JANGAN DITAMBAH AIR LAGI, BIARKAN, NANTI AIR KETAM AKAN KELUARKAN SENDIRI.

4. Apabila sudah masak, masukkan telur, dan pecahkan di dalam kuali, dan gaul rata sehingga telur masak. Tutup api dan siap untuk dihidang.

Resepi Ketam Sambal Bersama Telur Pecah

Resepi Oleh: Nurul Ateekah