Kek

Resepi Kek Batik Indulgence Berkrim

resepi-kek-batik-indulgence-berkrim

Resepi Kek Batik Indulgence Berkrim

Loyang 7 inci, ada 3 lapisan;

  • Kek batik
  • Cream Cheese
  • Ganache

Bahan-Bahan Kek Batik:

  • 4 Biji telur (resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi so chill)
  • 200g butter (kalau pakai marjerin/buttercup atau butterblend sedikit masin)
  • 300g biskut merry
  • 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat
  • Secubit garam (optional, again, kalau pakai buttercup/marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)

Cara Membuat:

1. Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut. Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat.

2. Dah agak-agak pekat, tutup api dan biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut. Gaulkan dan isi dalam bekas. Mampatkan dan isi dalam peti sejuk dalam 30-40 minit.

Bahan Cream Cheese/Indulgence:

  • 120g whipping cream
  • 40 gram gula kastor
  • Setengah sudu kecil essen vanilla
  • 250g cream cheese
  • Gelatin

+ Gelatin adalah pilihan masing-masing. Nak masuk pun boleh tak nak masuk pun takpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.

+ Gelatin 10 gram + 40 ml air panas (pastikan betul-betul panas). larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Peanut Butter Bundt Cake

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream dan gelatin. Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.

2. Tuang atas kek batik tadi. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.

Bahan Ganache:

  • 100 gram whiping cream
  • 100 gram dark chocolate
  • satu sudu kecil butter

Cara Membuat: Double boil kan semua bahan-bahan di atas. Dah sebati kasi suam-suam dulu then baru tuang atas cream cheese tadi. Tinggalkan semalaman dan boleh makan. Selamat mencuba!.

Resepi Kek Batik Indulgence Berkrim

Resepi Oleh: Muhammad Ali