Kek

Resepi Durian Burnt Cheese Cake 6 Bahan

resepi-durian-burnt-cheese-cake-6-bahan

Resepi Durian Burnt Cheese Cake 6 Bahan

Abam sharekan resepi Durian Burnt Cheese Cake. Pakai 6 bahan jer, selalu 5 bahan dan yang terlebih satu tu semestinya la durian!. Musim durian sekarang ni kan, memang tak rugi mencuba resepi ni tau. Kalau mampu boleh pakai durian musang king, tapi abam pakai durian kampung jer pun dah sedap.

Bahan-Bahan:

  • 250g cream cheese
  • 75g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1sb tepung jagung
  • 130g whipping cream
  • 150g isi durian

+ Kalau nak texture kek yang halus, boleh blend isi durian dulu. Abam lenyek-lenyek dengan hujung sudu jer.

Cara Membuat:

1. Satukan cream cheese dan gula. Pukul sehingga sebati. Takde mixer pun takpe, boleh pakai hand whisk jer. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu. Masukkan pula tepung jagung, isi durian dan whipping cream.

2. Tuang adunan ke dalam loyang bulat 6’’. Abam pakai loyang petak jer. Bakar pada suhu 220 degree celcius, api atas bawah selama 30 minit atau sehingga lapisan atas kek berwarna coklat gelap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Putih Telur Kukus

3. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman sebelum dipotong. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Tip Penting: Elok guna loyang kecil dan tinggi untuk dapatkan bentuk cheese cake yang cantik. Sekiranya tiada loyang kecil, boleh gandakan adunan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!.

Resepi Durian Burnt Cheese Cake 6 Bahan

Resepi Oleh: Khairul Hasrol