
Kari Ikan Masala Rasa Lain Dari Kari Biasa
Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macam nak masak kari ni, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun nak sediakannya. Selamat mencuba by Cik Tie.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan jenahak/ikan merah – saiz sederhana
- 1 biji bawang besar merah – dihiris
- 1 ulas bawang putih – dihiris
- 1 biji tomato – dipotong dadu kecil
- 2 tangkai daun kari
- 1 paket rempah kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 1/2 sudu kecil garam masala
- 1/2 sudu kecil halba campuran
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1/2 cawan santan
- Pes halia bawang putih (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- garam
Cara Memasak:
1. Ambil sedikit pes halia bawang putih, dengan serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan. Kemudian, gorengkan ikan tadi sehingga sedikit masak, tak perlu lama pun.
2. Tumis bawang bersama dengan halba campuran dan daun kari dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga bawang sedikit garing dan naik bau. Harum bau bila tumis ni. Masukkan tomato. Tumiskan sekejap hingga nampak tomato agak lembik.
3. Sementara itu, bancuhkan rempah kari, garam masala dan serbuk cili dengan air. Kacau rempah hingga sebati. Kemudian, masukkan rempah ke dalam kuali. Masukkan lebihan pes halia bawang putih. Kacau sehingga rempah sedikit masak.
4. Masukkan air. Sukatan air mengikut kepekatan yang kita suka. Masukkan pula air asam jawa. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Jika, nak rasa sedikit berlemak boleh masukkan sedikit santan.
5. Kalau suka lebih berlemak, tambahkan lagi santan. Kalau tak nak letak santan pun boleh. Ikut pada selera masing-masing. Nak ganti yogurt pun boleh. Kita yang masakkan, jadi letak lah ikut pada selera kita.
6. Masak sehingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam. Jika suka ada rasa manis, tambahkan gula. Bila dah masak, hidangkan dengan nasi panas-panas cukup sedap.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar