Sayur, Snek, snek

Bakwan Sayur Rangup Sedap dan Berkhasiat

bakwan-sayur-rangup-sedap-dan-berkhasiat

Bakwan Sayur Rangup Sedap dan Berkhasiat

Buat yang pening fikir nak masak apelah untuk sarapan makan pagi dan makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan ni. Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap dan berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan. Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup.

Nak sediakan pun mudah dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan dan caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 1/2 cawan lobak merah – disagat halus
  • 1 1/2 cawan kobis – dihiris halus
  • 1 batang daun bawang – dihiris halus
  • 6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe)
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
  • Air sejuk secukupnya

+ Nak letak taugeh pun boleh

Bahan Bumbu:

  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) dan bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Nutella Homemade

2. Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.

3. Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye. Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis dan rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam dan gula. Sesedap rasa.

4. Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas. Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali. Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas.

5. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai. Selamat mencuba!.

Bakwan Sayur Rangup Sedap dan Berkhasiat

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar