Karipap Jerawat Rangup Inti Kentang Bilis
Bahan Doh:
- 500 gm tepung Gandum
- 50 gm tepung Beras
- 50 gm tepung Ubi
- 1 cawan air
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam halus
- 3 sudu besar marjerin
- 1/4 cawan minyak masak
Bahan Inti:
- 10 biji kentang – potong dadu (jika saiz besar boleh kurangkan)
- 1 biji bawang besar kuning holland – potong dadu
- 1 genggam ikan bilis*
- 1 biji bawang besar*
- 2 inci halia*
- 1 mangkuk isi ayam – saya tak letak
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 4 sudu besar rempah kari
- 5 biji bawang merah kecil – hiris nipis
- 4 ulas bawang putih – hiris halus
- 1-2 bj telur
- daun sup & daun bawang secukupnya
- 1 sudu kecil garam atau secukupnya
- 1 sudu kecil gula atau secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Kentang potong dadu dibersihkan, rebus separa masak sahaja. Dalam kuali lain, panaskan minyak secukupnya, tumis cili, bawang yang dihiris bersama bahan bertanda (*) hingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah, isi ayam, tuang sedikit air jika kering supaya dapat direneh hingga naik aroma. Masukkan kentang tadi, kacau sebati kemudian masukkan bawang holland, api slow biarkan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan gula, garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang serta telur. Gaul sebati, tutup kuali pastikan api kecil hingga inti tadi sedikit kering tidak berair. Sejukkan dahulu sebelum guna.
4. Satukan semua jenis tepung. Panaskan marjerin dan minyak terus tuang ke dalam tepung dan gaul dengan senduk. Kemudian tuang air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.
5. Bahagi doh kepada bebola kecil, leperkan dan isi dengan inti tadi dan buat sehingga habis. Goreng karipap sehingga garing angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati.
Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish