Tauhu Berlauk Viral Kalau Lebih Boleh Difrozenkan
Tauhu Berlauk viral cara zie alang-alang buat biar lebih boleh frozenkan. Nak makan hanya goreng je.
Bahan Kisar:
- 3 keping tauhu petak biasa
- 3 batang tauhu telur
- 1 paket tauhu lembut
- 3 biji telur
- 1 ketul kiub pati ayam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat.
Bahan Sayur/Isi:
- 1 mangkuk isi ayam
- 3 tangkai daun bawang – dihiris
- 1 biji bawang holland – potong dadu
- 1 biji lobak merah – disagat dan hiris halus
- 1 paket cendawan butang – dihiris nipis
- 2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- gula dan garam Saji secukup rasa
Cara Membuat:
1. Dalam bekas besar, tuang bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan sayur atau isi. Kacau sebati dan kukus selama 15-28 minit atau hingga masak. Setelah sejuk bolehlah potong-potong kecil.
2. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, celup tauhu dalamnya dan goreng dengan api sedang hingga perang. Siap. Sedia di makan bersama sambal cili kicap.
3. Resepi Sambal Kicap: 10 biji cili padi (suka pedas lebihkan) dan 4 biji bawang putih. Goreng dua bahan ni hingga layu dan kisar bersama kicap lemak manis. sukatan kicap zie agak-agak je. Siap.
Boleh Guna Pengukus Elektrik 3 Layer Ni, Mudah dan Cepat! >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Aisyah Humaira