Ikan, Makanan Laut, Sup

Cara Masak Sup Ikan Merah Paling Mudah

cara-masak-sup-ikan-merah-paling-mudah

Cara Masak Sup Ikan Merah Paling Mudah

Asyik buat masakan yang berat-berat je. Apa kata hari ni masak yang mudah, tak terlalu berempah, tak ada bahan susah cari, dan paling penting tetap sedap sehingga boleh bertambah nasi.

Bahan-Bahan: (3-4 orang)

  • 1/2 ekor ikan merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 tangkai cili padi/api
  • 1 biji tomato
  • 3 hirisan tebal halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1-2 cubit lada sulah

Cara Memasak:

1. Saya gunakan kepala ikan merah, tapi kalau kau orang tak makan kepala ikan, gunakan isi ikan pun boleh. Boleh juga guna apa-apa ikan yang kalian suka. Basuh ikan dengan air asam dan garam.

2. Masak sup ikan, tak boleh terlalu berempah. Rempah tidak patut tenggelamkan kemanisan ikan. Jadi kita pakai bahan rempah sedikit sahaja dah mencukupi. Ada orang tumis dulu bahan segar (bawang merah, bawang putih, dan hali). Ada juga yang tak tumis. Terpulang masing-masing. Dua-dua cara pun tak salah. Boleh belaka. Saya pilih untuk tumis.

3. OK. Tumis pula rempah kering (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, dan bunga lawang) sampai naik aroma rempah. Rempah kering ni kena tumis, kalau tak aroma dia kurang menyerlah. Masukkan ikan. Kalau guna kepala ikan, letak bahagian dalam, di bawah. Pipi letak di atas. Kalau guna bahagian isi, tak kisah macam mana.

4. Tuang 500-750 ml air dan panaskan sehingga menggelegak. Kemudian kecilkan sedikit api. Kita nak reneh ikan ni, bukan nak rebus. Reneh 30 minit atau lebih. Masukkan garam, serbuk lada sulah (putih) untuk menaikkan rasa. Kalau suka lada hitam, boleh juga masukkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Ikan Pari

5. OK, masukkan hirisan tomato dan cili. Tomato ni beri rasa masam dan juga umami. Ia juga untuk menampan bau hanyir ikan. Bagi saya, kalau tak ada tomato, sup ni kurang lengkap. Reneh sekejap sampai tomato lembut. Ikan saya ni mata dia tadi belolok, sekarang dah tersembul. Kira dah masaklah kot ni. Hehe!.

6. OK, siap! Mudah sahaja, kan? Kemanisan ikan merah sangat menyerlah. Halia, bawang putih dan tomato tu beri kesegaran, manakala rempah ratus dah cili beri kehangatan yang kita perlukan. Menghirup! Walaupun sup ni apak jernih, tapi rasa dia padu!.

Cara Masak Sup Ikan Merah Paling Mudah

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan