
Puding Biskut Tiramisu Cappuccino Sos Kastad
Kali ini Cik Ma buat puding biskut tiramisu cappuccino sos kastad. Sebelum ini dah pernah buat cheesekut lemon dan cheesekut coklat. Biasanya kita guna cream cheese kan. Yang ni sangat mudah cara memasak tanpa guna ketuhar bakar. Masak sos kastard dalam 1 periuk je.
Yang paling best sekali, guna campuran milo dan kopi segera 3 in 1. Mashallah.. harum semerbak bau kopi dalam rumah. Warnanya seakan air teh tarik kaw. Nak guna jenama kopi apa-apa pun boleh. Jom kita kongsi resepi puding biskut tiramisu cappuccino.
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4-5 tin air (guna bekas tin susu tadi untuk sukat air)
- 3-4 sachet serbuk kopi segera 3 in 1 dan milo.
- 11 sudu makan tepung kastad (membukit ye)
- Biskut marie perisa kopi atau biskut lemak (terpulang pada citarasa masing-masing)
Sukatan air bergantung pada sos kastard, samada suka pekat atau sederhana pekat.
Cara Membuat:
1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air, tepung kastad, serbuk kopi segera dan milo ke dalam periuk guna pemukul telur. Kacau sehingga sebati. Buka api sederhana keci, kacau sampai pekat atau bekilat dan tidak bergentel. Padamkan api.
2. Masukkan ke dalam bekas secara berlapis. Boleh guna bekas plastik tau fu fa. Resepi ni boleh dapat antara 17-20 bekas.
3. Mula dengan sos kastad, letak biskut marie/biskut lemak. Tabur milo/serbuk kopi segera – sos kastad – biskut-milo/serbuk kopi 3 in 1 – biskut-sos kastard. Ulangi lapisan yang sama. Sampai akhir sekali sos kastad sahaja.
4. Terpulang mahu letak biskut berapa lapis dalam bekas tadi. Cik Ma letak biskut 4 lapis sahaja. Tabur milo/kopi 3 in 1 sebagai hiasan di atasnya. Masukkan ke dalam peti ais. Dah selesai.
5. Makan puding biskut tiramisu cappuccino ketika sejuk. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan