Biskut

Resepi Mudah Crunchy Chocolate Chip Cookies

resepi-mudah-crunchy-chocolate-chip-cookies

Resepi Mudah Crunchy Chocolate Chip Cookies

Datang mood nak mengukis. Crunchy Chocolate Chip yang cukup mudah. Resepi pun straight forward je. Tak perlu guna mixer bagai. Drop je dalam loyang senang yakmat. Budak-budak kat rumah ni suka cicah dengan susu. Sekejap je licin cookies ni. Kalau korang nak cuba, buat follow resepi ni.

Bahan-Bahan:

  • 145 gram gula perang (jika suka manis boleh lebihkan)
  • 50 gram gula putih
  • 150g unsalted butter – suhu bilik
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 1 biji telur
  • 260 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 180g semi sweet chocolate chips

Cara Membuat:

1. Di dalam mangkuk pukul butter, gula perang, gula putih dan esen vanilla. Boleh gunakan hand whisk atau pun senduk kayu sahaja. Lebih kurang dalam 4-5 minit.

2. Kemudian, masukkan telur. Sambung lagi whisk dalam 4 minit. Dalam mangkuk berasingan campurkan bahan kering. Tepung gandum, tepung beras, baking powder dan baking soda.

3. Masukkan bahan kering ke dalam mangkuk butter yang dipukul tadi. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. Kacau sehingga adunan biskut. Baru masukkan cip coklat, cik tie suka guna Hershey semi sweet chip chocolate, sebab rasanya kurang manis, dan selepas dibakar rasanya pun lebih sedap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheezy Cracker

4. Jika hendak tambahkan almond pun boleh atau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah. Untuk hasil biskut yang lebih baik, boleh rehatkan adunan biskut di dalam peti dalam 30 minit. Kemudian, baru dibakar.

5. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. Bakar di dalam oven pada suhu 160 Celcius selama 15 – 20 minit. Pastikan oven dipanaskan terlebih dulu ye. Selamat mencuba.

Resepi Mudah Crunchy Chocolate Chip Cookies

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar