Cara Buat Donut Red Velvet Viral Super Gebus

Cara Buat Donut Red Velvet Viral Super Gebus

Seriously, abam baru first time cuba buat donut, alhamdulillah menjadi!. Punyalah lembut, gebus dan padu donut ni, sesuai sangat kalau nak buat untuk anak-anak makan.

Abam follow resepi sebijik sebijon donut viral red velvet eira azira (boleh search dekat youtube). Abam sharekan juga tips (based on pengalaman abam buat donut ni) untuk dapatkan donut yang super lembut dan super gebus ya!.

Bahan-Bahan:

  • 3 sb besar yis (abam pakai brand pinnacle mauri-pan 11g, abam pkai 2 paket)
  • 1 gelas air suam-suam kuku (abam pkai 1/4 air panas + 3/4 air sejuk biasa)
  • 3 sb besar gula

– Uolls satukan semua bahan-bahan di atas, kacau/godak hingga sebati. Pakai bekas besar ya sebab yis akan mengembang, abam pakai jug besar jer. Ketepikan (abam biar dalam 1/2 jam).
– Lepas 1/2 jam, yis akan mengembang sampai hampir melimpah jug, tu tandanya yis uolls excellent.
– Make sure uolls pakai yis yang baru/aktif. Part ni pada abam paling penting sebab kalau yis dah rosak, uolls tak dapat la donut yang gebu gebas nanti.

  • 1 kilo tepung gandum (abam pakai brand cap sauh)
  • 3 sb planta
  • 3 sb susu pekat manis
  • 1 sk garam
  • 1 1/2 sb red velvet emulco (abam beli dekat kedai jual bahan kek jer)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan di atas, abam uli pakai tangan jer. Kemudian masukkan yis tadi dan uli lagi, kali ni guna kedua-dua tangan yer. Bak kata sis eira azira, donut ni kalau kita uli lagi lama, lagi lembut donut tu nanti.

2. Kalau tengok doh agak lembik, uolls boleh tambah tepung sikit-sikit (uli sampai doh tak lekat dekat tangan). Rehatkan doh sekejap, bagi dia naik 2 kali ganda. Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin dia dan uli lagi.

3. Kemudian, canai doh (part ni abam agak-agak jer ketebalan doh tu) dan tekap buat bentuk donut ya. Abam just tekap pakai cawan biasa jer, lubang kecik yang dekat tengah-tengah tu abam pakai penutup botol air mineral jer. Biarkan sedikit kembang, barulah digoreng.

4. Bab menggoreng donut ni juga abam rasa part yang paling penting sekali. Minyak tak boleh terlalu panas, so kena pandai control api yer. Kalau minyak terlalu panas, donut akan cepat rentung tapi doh dalam tak masak. Abam just guna api kecil manja-manjah sahaja.

5. Goreng donut sehingga masak. Toskan donut dan mandikan donut uolls dengan gula kaster ya. Kalau rajin uolls boleh la buat cream cheese ke, drizzle dengan lelehan coklat pun boleh. Terpulang la kepada tekak masing-masing yer.

Nota: Untuk adunan 1 kilo abam boleh dapat dekat 20 ketul donut saiz biasa. Kalau uolls jenis rajin, boleh tekap kecik-kecik lagi comel lah donutnya nanti.

Sekian perkongsian daripada abam yang tak seberapa ni, selamat mencuba & semoga bermanfaat guys!.

Cara Buat Donut Red Velvet Viral Super Gebus

Resepi Oleh: Khairul Hasrol