Resepi Puding Mangga Dengan Sagu Untuk Jamuan Sekolah
Buat puding mangga untuk jamuan sekolah agama anak. Nak buatnya mudah sangat, kena rajin je sikit dan boleh prepare awal, simpan dalam peti sejuk. Kos nak buat pun tak tinggi sangat, anggaran saya dalam RM15 dapat untuk 25 bekas plastik yang kecik tu.
Bahan-Bahan:
- 12gm Agar-agar tali
- 800ml Air
- 6 sudu Susu pekat manis
- 2 sudu Gula pasir (sesuaikan ikut kemanisan yang suka)
- 1 tin Susu cair
- Secubit garam
- 1 cawan Sagu kecil
- 2 biji Buah mangga masak – potong dadu
Cara Membuat:
1. Buat sagu; Didihkan air separuh periuk dalam 1.5 liter air. Air dah mendidih baru masukkan sagu. Biar sampai biji sagu hilang dan transparent, boleh tutup api dan tos airnya sambil cuci sagu bawah air paip untuk hilangkan extra kanji. Baru sagunya nanti seketul-ketul dan melekat-lekat.
2. Buat agar-agar; Didihkan air, masukan agar-agar tali dalam air didih sampai hancur. Masukkan susu pekat manis dan gula pasir (boleh sesuaikan gula ikut kemanisan yang digemari). Dalam resepi manisnya sederhana sahaja sebab saya kurang gemar kalau manis sangat.
3. Last sekali, masukkan susu cair 1 tin dan secubit garam untuk naikan rasa lemak manis susu. Tutup api dan biar adunan agar-agar sejuk sedikit.
4. Dalam bekas plastik, masukan sagu sesudu, masukan buah mangga yang sudah dipotong dadu dan last sekali tuang agar-agar susu tadi ke dalam bekas. Biar sejuk sebentar, boleh terus simpan dalam peti sejuk. Sedap di makan sejuk-sejuk. Selamat mencuba.
Guna Bekas Plastik Puding Macam NI, Lebih Comel >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Fina Tuah