Cara Buat Donut Kampung Perisa Red Velvet

Cara Buat Donut Kampung Perisa Red Velvet

Donut kampung je tapi di tambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan. Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum Baker’s choice
  • 1 sdb gula
  • 1 sdb susu tepung
  • 1/2 sdb margerin
  • 1 sdt yis kering
  • Secubit garam
  • 1 sdt pewarna red velvet emulco
  • 1 sdt serbuk koko
  • 1/2 cawan air lebih kurang
  • 1/2 cawan gula kaster

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali gula kaster ke dalam 1 mangkuk besar. Sebatikan dan uli sekitar 10 minit. Rehatkan doh selama 5 minit.

2. Kemudian, bentukkan doh. Boleh dibentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola. Bila dah dibentuk, biar naik sekitar 20 minit lagi.

3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan donut tadi dan goreng selama 1 minit disetiap bahagian. Angkat dan terus sadurkan dengan gula kaster atau susu tepung.

Cara Buat Donut Kampung Perisa Red Velvet

Resepi Oleh: Hana Hana