Manisan

Resepi Agar-Agar Lumut Gula Merah

resepi-agar-agar-lumut-gula-merah

Resepi Agar-Agar Lumut Gula Merah

Agar-agar lumut mesti tak tinggal setiap kali ramadhan. Saya suka lumut tebal. Resepi ni tak hanyir sebab telur cuma sebiji.

Bahan-Bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 kotak kecil santan kara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan

Cara Membuat:

1. Satukan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut dan mendidih.

2. Masukkan gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah larut. Tapiskan adunan ke dalam periuk lain.

3. Dalam bekas lain, kacau santan, telur dan garam sehingga sebati. Masukkan adunan santan ke dalam adunan agar-agar dan biar mendidih lebih kurang satu minit.

4. Tuang ke dalam loyang dan biarkan keras seketika. Enak dimakan kalau dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. Selamat mencuba!.

Resepi Agar-Agar Lumut Gula Merah

Resepi Oleh: Nur Haziqah