Manisan

Agar-agar Lumut Menggunakan Daun Pandan Asli

agar-agar-lumut-menggunakan-daun-pandan-asli

Agar-agar Lumut Menggunakan Daun Pandan Asli

Nak buat agar-agar lumut biasa yang jadi 2 layer tu terjadi agar-agar full lumut pulak. Ni semua akibat pakai loyang yang terbesar sikit lah ni. Kalau guna loyang 8 inci dah boleh dapat 2 layer.

Warna hijau agar-agar ni, 100% dari daun pandan. Selalu saya tengok dan baca resepi, kalau versi tanpa pewarna tambahan ni mesti lapisan tak berlumut tu akan menjadi warna jernih.

Sebenarnya, ada caranya. Penggunaan daun pandan pun mempengaruhi juga. Saya guna 1 cawan air : 4 helai daun pandan. Jadi keseluruhannya saya gunakan 24-25 helai daun. Kepekatan warna ni terpulang kepada kesukaan masing-masing. Boleh kurangkan lagi dan jangan guna terlalu banyak nanti jadi pahit pula rasanya.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus (20g) agar-agar tali
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 1 kotak (200ml) santan
  • 1 biji telur (A)
  • 1 cawan jus pandan (1 cawan air + 25 helai daun pandan)

Cara Penyediaan:

1. Rendam agar-agar seketika sehingga lembut. Setelah agar-agar lembut, masukkan ke dalam periuk bersama dengan gula dan air. Masak sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.

2. Masukkan santan dan telur. Masak sehingga mendidih yang membuak-buak. Kacau selalu untuk mendapatkan ‘lumut’ yang halus. Masukkan pula jus pandan dan biarkan seketika sehingga mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Manisan Sagu Gula Melaka Bunga Telang

3. Sediakan loyang bersaiz 10 inci x 10 inci. Tuangkan larutan agar-agar ke dalam loyang. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan agar-agar set 4-5 jam atau semalaman sebelum dipotong.

Nota:

  • Boleh gantikan penggunaan daun pandan dengan memasukkan perisa pandan & pewarna hijau.
  • Jika mahukan agar-agar kelihatan menjadi 2 bahagian, gunakan loyang yang lebih kecil (8 inci x 8 inci).
  • Agar-agar tidak akan berair selepas dipotong jika dibiarkan set dalam jangka masa yang panjang (semalaman).
Agar-agar Lumut Menggunakan Daun Pandan Asli

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah