
Mudah dan Ringkas Ayam Masak Blackpepper Spicy
Bila dah habis idea nak masak tengahari apa setiap hari. Termenung di luar jendela dapur sejenak. Tengok pokok-pokok hijau, tengok langit membiru. Ermmm… masih lagi memikirkan nak masak apa hari ni? Terus “tinggg” dah dapat idea dah, Ayam Masak Blackpepper Spicy. Saya kongsikan dan halalkan resepi ringkas ini untuk ibu-ibu dirumah. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan-Bahan:
- Ayam (saya guna setengah ekor)
- Bawang merah 2 biji (dimayang)
- Bawang merah 4-5 biji *ditumbuk
- Bawang putih 2-3 ulas *ditumbuk
- Cili padi 4-5 biji *ditumbuk (kalau suka pedas kaw-kaw boleh tambah ikut sukahati)
- Biji Blackpepper 1 sudu besar *ditumbuk
- Sos tiram 2-3 sudu besar
- Sos blackpepper 1 senduk (saya guna cap Mahsuri)
- Air rebusan ayam
- Gula
- Garam
- Maggi cukup rasa
Nota: Saya campak semua bahan yang bertanda (*) dalam satu lesung batu dan tumbuk bersama sehingga sebati dan lumat.
Bahan Hiasan:
- Bawang besar/bawang holland (potong mayang)
- Cili merah besar (potong ikut sukahati)
Cara Memasak:
1. Rebus ayam dahulu sehingga masak. Kalau nak letak garam sikit pun boleh. Taknak letak pun takpa. Bila ayam dah masak, toskan ia. Air rebusan ayam tadi simpan sedikit.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah yang dimayang sehingga sedikit garing. Kemudian, masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi, kacau dan masak sehingga keperangan dan naik bau aromanya.
3. Masukkan sos tiram, sos blackpepper dan sedikit air rebusan ayam. Kalau nampak kurang kuah, boleh tambah lagi air rebusan ayam tadi. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus tadi. Masukkan gula, garam, dan maggi cukup rasa. Kacau sehingga sebati semuanya.
4. Dan yang terakhir sebelum tutup api, masukkan bawang besar atau holland dan cili merah besar untuk menambahkan lagi serinya. Kacau sebentar. Dah siap, boleh angkat dan letak atas pinggan yang cantik.
Resepi Oleh: Siti Syuhada