Biskut Raya Coklat Tak Perlu Bakar Dalam Oven
Satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies mini paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.
Bahan-Bahan Bahagian Chocolate Ball:
- Butter – 200 gram
- Serbuk koko – 120 gram
- Susu Pekat – 100 gram
- Biskut Marie – 300 gram
Bahan Bahagian Coating:
- Chocolate compund (Dark chocolate) – 200 gram
Cara Buat:
Bahagian Chocolate Ball –
1. Cairkan butter, api slow. Dah cair tutup api, terus masukan bahan susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama, dah cair butter tu, masukan bahan lain tadi kacau sebati.
2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi. Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
3. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti. Lepas tu, buat lubang di tengah-tengah biskut yang telah siap. Boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah.
4. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag. Setkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit-20 minit.
Bahagian Coating –
1. Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate. Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu. Hias ikut kreativiti anda or boleh pakai chocolate flakes.
2. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh di tak melekit. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan? Memang sedap tau. Selamat Mencuba!.
Resepi Oleh: Muhammad Ali