Pastry

Beef Curry Puff Rangup dan Padat Dengan Inti

beef-curry-puff-rangup-dan-padat-dengan-inti

Beef Curry Puff Rangup dan Padat Dengan Inti

Hi. Minum potang apotu harini? Semalam dah makan pic butter kek kan, manis-manis dah kan. Harini kita masin-masin pulak. Tapi jangan la masin sangat. Up blood nanti. Harini sis buat beef curry puff. Bunyi oram putih deh. Sekali sekalo. Somi oyak kalau dapat 15k like dia nak belikan oven AF. Takde-takde, gurau je. Jangan marah. Rasanya semua orang pandai buat ni. Boleh masak ikut kepandaian masing-masing ye.

Bahan-Bahan:

  • 1 pax kulit pastry puff kawan (saiz kecil)
  • 1 biji bawang holland
  • 1 pack daging cincang (ramly)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Mix vege (jika suka)
  • Sos tiram
  • Garam (jika perlu)
  • Gula (jika perlu)
  • 2 biji telur
  • Blackpepper/cili flakes/cili potong halus (jika suka pedas)
  • Sedikit mayonis

Cara Membuat:

1. Potong dadu bawang holland. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, kemudian tumis bawang holland sehingga sedikit kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan sedikit air menjadi pes. Kacau sehingga garing. Tambah sedikit lagi air, jangan sampai hangus. Kemudian masukkan mix vege dan daging ke dalam kuali. Gaul rata. Sederhanakan api. Masukkan sedikit sos tiram, gaul rata.

3. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Kacau sehingga semua masak. Tutup api. Biar sejuk sikit, gaul dengan sedikit mayonis. Agak-agak la ye sesuai selera. Kalau tak suka gaul, boleh picit bersama sos waktu nak makan atau abaikan sahaja jika tak perlu.

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk, pukul sedikit. Ketepikan Sediakan loyang, panaskan oven atau AF ikut kesesuaian suhu masing-masing. Saya guna suhu 150c, api atas bawah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Creampuff Comel

4. Sediakan kulit puff dalam bekas atau loyang yang sesuai, ikut kreativiti masing-masing. Tinggalkan sedikit telor untuk sapu atas puff, selebihnya gaul telor bersama inti yang dah masak tadi. Tak nak letak telor pun boleh.

5. Isi inti dalam kulit puff, boleh tambah cili flakes atau cili yang dihiris halus kalau nak pedas, kemudian bentukkan sesuai selera. Sapu sedikit telor atas kulit jika puff bertutup nak bagi nampak cantik nanti bila dah masak.

6. Bila oven atau AF dah ready, masukkan puff dan bakar sehingga kulit masak. Lebih kurang 15-20 minit. Tengok, jangan tinggal. Boleh nak letak cheese kalau suka.

Beef Curry Puff Rangup dan Padat Dengan Inti

Resepi Oleh: Dani J Tang