Pastry

Resepi Chicken Mushroom Puff

resepi-chicken-mushroom-puff

Resepi Chicken Mushroom Puff

Bahan dia takde sukatan tepat ye. Ikut suka je nak sediakan banyak mana.

Bahan-Bahan:

1 tin cendawan butang/straw di hiris
2 ulas bawang putih cincang
Sayuran kalau suka
Sosej atau isi ayam
1 peket mushroom soup campbell
Sedikit susu cair atau air
Garam
Minyak

Cara Buat:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak, masukkan bawang putih, cendawan, sosej atau isi ayam, sayuran.

2. Kacau-kacau dalam 3 minit, masukkan susu cair dan serbuk mushroom soup campbell atau boleh nak guna sos prego.

3. Rasa dulu kemudian jika perlu tambahkan garam, tambahkan. Terpulang nak kering atau basah-basah sikit. Saya biarkan dia kering mudah nak sudukan atas puff pastry tu nanti.

4. Beberapa keping puff pastry kawan brand. Potong 4, susun atas tray yang dilapik baking paper.

5. Sudukan inti atas puff pastry, kemudian ambik sekeping puff pastry tutup di atas inti tersebut. Ulang sampai habis.

6. Panaskan oven, saya guna suhu 150c api atas bawah. Ikut sesuai oven masing-masing ye. Saya bakar selama 15 min – 20 min. Atau sehingga garing atau masak. Bergantung oven masing-masing ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tart Kentang Bersama Mozarella Cheese

7. Saya sapu susu cair bahagian atas tu dan separuh saya tabur oregano di bahagian atas.

Resepi Chicken Mushroom Puff

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s