Kek

Resepi Peach Buttercake Tanpa Serbuk Penaik

resepi-peach-buttercake-tanpa-serbuk-penaik

Resepi Peach Buttercake Tanpa Serbuk Penaik

Hi, minum petang apetu? Sesekali buat kek ok jugak kan. Masih lagi dengan resepi tanpa serbuk penaik perkongsian dari seorang chef. Sangat sesuai untuk orang yang tak simpan serbuk penaik sebab jarang baking. Saya olah sikit je pada resepi ni. Nak try buat boleh cekidaut resepi. Tapi kalau takut kek tak jadi, boleh je puan-puan nak letak serbuk penaik 1 sudu kecil.

Bahan-Bahan:

  • 250g butter (majerin dalam resepi asal)
  • 220g gula castor (saya guna 200g, sesuai selera)
  • 250g tepung gandum (diayak)
  • 4 butir telur
  • 70ml fresh milk
  • 1 sudu kecil air lemon atau cuka
  • 1 penutup esen vanilla (saya guna french V)

Cara Membuat:

1. Panaskan oven ikut kesesuaian oven atau AF (Air Fryer) masing-masing ye. Saya guna oven industri suhu atas bawah 150 selama 20 minit, kemudian turunkan kepada suhu 130 selama 20 minit lagi.

2. Sukat susu kemudian masukkan perahan lemon atau cuka, biar selama 10 minit. Ketepikan (resepi asal hanya guna susu sahaja ya. Saya olah, masukkan lemon atau cuka).

3. Sambil tu, pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang gebu. Jangan lupa kaup tepi-tepi bekas. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (masukkan sebiji, pukul sehingga rata, ulang seterusnya sampai habis 4 biji telor).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Batik Lapis Chocolate Cheese

4. Masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik atau pukul sebati, kemudian masukkan susu, sebatikan dan masukkan baki tepung. Kaup balik atau pukul sehingga rata. Jangan terlebih pukul ye.

5. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau boleh guna aluminium cup atau muffin pan/cup. Boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-amsing nak letak buah atau nak warnakan atau dibiar kosong je. Bakar selama 40 minit ye atau sehingga masak.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, semoga wabak yang melanda sekarang ni berakhir dan kita semua kembali berpeluang untuk pulang bertemu ibu ayah da ahli keluarga.

Resepi Peach Buttercake Tanpa Serbuk Penaik

Resepi Oleh: Dani J Tang