
Resepi Kuih Cara Gula Melaka Meleleh
Nama diberi Kuih Cara Gula Melaka Meleleh, biasa orang guna gula pasir biasa, hari ini ikut selera sendiri letak gula melaka rupanya lagi merecik meleleh wangi je baunya. Jangan lupa cuba tau mudah ringkas sahaja.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan air pandan
- 100ml Santan Kelapa U.H.T Ayam Brand
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/8 sudu kecil pewarna hijau
- secubit garam
- 1 mangkuk gula melaka yang telah dihancurkan (inti)
Cara Membuat:
1. Satukan air pandan, santan, telur, tepung dan garam kisar serta pewarna hijau. Kisar hingga betul-betul halus, tapiskan ke dalam bekas.
2. Pastikan acuan telah dipanaskan terlebih dahulu dan sapu minyak. Tuang bancuhan dan letak gula melaka satu sudu teh. Biarkan hingga masak lebih kurang 5 minit tidak perlu terbalikkan.
3. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan tangkupkan. Ulang step hingga adunan habis dimasak. Jangan lupa, tiap kali letak adunan baru pastikan acuan disapu minyak.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish