Blog, Kek

5 Jenis Kek Tanpa Menggunakan Oven

5-jenis-kek-tanpa-oven

5 Jenis Kek Tanpa Menggunakan Oven Yang Anda Boleh Cuba

Membuat kek kadang-kala sangat melecehkan, bukan sahaja perlu menyediakan pelbagai bahan malahan alatan seperti ketuhar/oven atau periuk pengukus. Tetapi, tahukah anda terdapat kaedah penyediaan kek yang hanya memerlukan peti sejuk yang ada di rumah anda sahaja. Kaedah kek tanpa bakar ini menggunakan gelatin sebagai bahan utama yang dapat mengeraskannya.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda 5 jenis kek yang boleh anda hasilkan tanpa bakar yang bukan sahaja mudah disediakan tapi juga sangat enak untuk dinikmati.

1. Resepi Kek Cheese Oreo

Oreo bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malahan orang dewasa juga sangat gilakan oreo. Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, boleh juga digunakan untuk menghasilkan kek yang lazat. Sangat mudah menghasilkan Kek Cheese oreo.

Lihat Tutorial Di sini >> Resepi Kek Cheese Oreo Tanpa Bakar

2. Resepi Kek Coklat Cheese

Bagi penggemar kek coklat, hendak menghasilkan kek coklat adalah sangat memenatkan. Kadang-kala, suhu ketuhar atau oven yang tidak sesuai menjadikan kek coklat keras atau tidak masak dengan sempurna. Tidak perlu risau, buat sahaja kek coklat tanpa bakar.

Lihat Tutorial Di sini >> Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar

3. Resepi Kek Keju Lemon

Bagi penggemar kek cheese pula, kek cheese antara kek tanpa bakar yang mudah untuk disediakan. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti biskut untuk base dan cream cheese.

Lihat Tutorial Di sini >> Resepi Kek Keju Lemon Tanpa Bakar

4. Resepi Oreo Cheese Cake

Satu lagi kek oreo cheese yang boleh anda cuba. Kaedah untuk dihasilkan sama tetapi ada juga penambahan dari segi bahan. Anda boleh cuba kaedah mana yang sesuai untuk anda.

Lihat Tutorial Di sini >> Resepi Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar

5. Resepi Kek Batik Topping Coklat

Walaupun kek batik tidak menggunakan gelatin sebagai bahan utama, ia juga merupakan salah satu kek tanpa bakar yang sangat sedap dan mudah untuk dihasilkan.

Lihat Tutorial Di sini >> Resepi Kek Batik Topping Coklat

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda.