Kek

Resepi Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar

resepi-oreo-cheese-cake-tanpa-bakar

Resepi Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar

Bahan-Bahan:

1 peket biskut oreo
50gram mentega/butter
200gram whipping cream
250gram cream cheese
yogurt atau susu segar
sedikit gelatin

Cara Membuat:

1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti.

2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base kek anda.

3. Cairkan sedikkit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.

4. Ketepikan dan simpan di dalam peti.

5. Putarkan whipping cream, cream cheese, yogurt/susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.

6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. (2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas).

7. Masukkan sedikit crumbs oreo.

8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.

9. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.

10. Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan berkrim.

Tip: 2 sudu yogurt/suku cawan susu segar ( hanya bahan tambahan, tak perlu banyak ).

Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar