
Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar
Bahan-Bahan:
Base –
250g biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
2 tsp serbuk koko
150g mentega ( cairkan)
Filling –
1 tbs gelatin – pastikan halal (saya pakai jenama Nona)
1/2 cawan air panas
250 g cream cheese
3/4 gula kastor
1 lemon (perahkan)
300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)
Hiasan –
Chocolate Ganache – 200g dark chocolate dicairkan (guna kaedah double boiler dan campurkan dengan sedikit susu segar)
Sedikit walnut
Sedikit kepingan badam
Cara Membuat:
1. Base; Pecahkan-pecahkan biskut sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.
2. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul rata. Tekan adunan ke dalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga filling siap.
3. Filling; Sebatikan gelatin bersama dengan air panas. Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat, kemudian tambahkan jus lemon.
4. Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati. Masukkan sebatian gelatin tadi.
5. Akhit sekali, masukkan dark chocolate yang telah dicairkan dan guna whisk untuk kacau hingga sebati.
6. Masukkan filling ke dalam loyang berbase biskut tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam.
9. Bila hendak dihidangkan, hiaskan kek dengan chocolate ganache dan taburkan kekacang yang disukai.