Biskut

Resepi Kek Batik Topping Coklat

resepi-kek-batik-topping-coklat

Resepi Kek Batik Topping Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1 tin susu pekat
1 cawan air masak
6 sudu besar serbuk koko
14 sudu besar milo
Telur 2biji

Bahan B (Topping/choc ganache) –

1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
1 sudu besar butter

Cara Membuat:

1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur.

2. Bila dah sebati pasang api balik. Kemudian, masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air. Bila adunan dah likat, dan keluar buih-buih maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik sampai sekata.

3. Tuang biskut marie dalam loyang 10 inci. Lapik loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan, supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan-tekan adunan biskut marie sampai rata. Sejukkan.

4. Sementara adunan tu sejuk, buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian, tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan atas air yang dipanaskan (kaedah double boiled).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

5. Kacau-kacau sampai rasa suam masukkan choc. Kacau lagi sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian, masukkan butter. Kacau lagi. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan selama 30 minit.

6. Kemudian, tuang topping tadi atas kek batik. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.

Resepi Oleh: Radin Farisha Radin Kamarruddin – MAHN