Resepi Kek Cheese Oreo Tanpa Bakar
Bahan-Bakan:
250 gm Cream Cheese
50 gm Butter
2 sb Plain Yogurt
2 sb Serbuk Gelatin Halal
2 sb Air panas
1 bungkus Oreo
1 cwn Susu segar
Cara Membuat:
Base Kek –
1. Cairkan butter. Ambil 3/4 Oreo dan asingkan biskut dan isinya.
2. Hancurkan biskut dan campurkan dengan butter cair.
3. Mampatkan campuran tadi dalam bekas/loyang. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk.
Cara Buat Kek –
1. Pukul susu segar dan yogurt sehingga kembang. Masukkan cream cheese. Masukkan isi Oreo.
2. Larutkan serbuk gelatin dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan. Sebatikan adunan.
3. Hancurkan baki biskut dan gaul dengan adunan. Tuang adunan ke dalam bekas yang disejukkan tadi.
4. Masukkan semula bekas ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam atau kek sudah betul-betul sejuk dan sedia dimakan.
5. Boleh juga dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku selama sejam untuk mempercepatkan proses penyejukan dan dimasukkan semula ke dalam peti sejuk.
Resepi oleh: Finyz Salleh dari FB Group MAHN