Resepi Niaga Talam Vanila Coklat Banyak Dapat Tempahan
Ni laa rupa kuih talam vanilla coklat yang akak share resepi tadi. Hari-hari dapur akak tak sunyi dari tempahan kuih talam ni yeaa. Pada yang masih lom dapat resepi, hakak share lagi sekali dekat cini yea.
Bahan Lapisan Bawah:
- 1 1/2 cwn tepung beras
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1 cwn gula
- 1 cawan santan pekat
- 2 1/2 cawan air
- 2 biji telur-pukul sikit
- 1 sudu kecil esen vanilla
- secubit garam
Cara Menyediakan:
1. Satukan kesemua jenis tepung dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan. Gaul sebati dan tapiskan.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah dikacau guna whisk supaya tak berketul-ketul.
3. Alaskan loyang 10×10 inci dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Nota: Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit (untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih).
Bahan Lapisan Atas:
- 1 cwn santan pekat
- 2 cwn air
- 1 cwn tepung gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 3 biji telur
- 1 cwn gula pasir
- secubit garam
- 1 sudu besar serbuk koko – bancuh dngn 4 sudu besar air suam
- 1 sudu kecil coklat emulco
Cara Menyediakan:
1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit (jumlahnya 20 minit juga kan).
Siap dan Selamat Mencuba
Resepi Oleh: Ana Mahtar