Tip Membuat Pau Supaya Menjadi Gebu Elok

Tip Membuat Pau Supaya Menjadi Gebu Elok

Disini saya dah pernah share resepi pau, hari ni saya cuma nk berkongsi ilmu yang saya tahu serba sedikit panduan membuat pau. Kita kongsi ilmu dunia akhirat pinjaman sementara di dunia ni bersama-sama yer, semoga bermanfaat. Saya buat pau ni hanya guna tepung gandum faizah jer.

Tip Membuat Pau:

1. Kukus pau; Air kukusan tidak buleh terlalu banyak, hanya bubuh sedang-sedang jer. Tujuan untuk tidak merosakkan permukaan kulit pau. Tunggu air betul-betul mendidih gelegak tu, barulah pau buleh dikukus supaya nanti pau dapat mengembang dengan sempurna. Penutup kukusan haruslah dibungkus dengan kain yang serap air dan diikat dengan ketat supaya wap air tidak menitis diatas pau.

Jika hanya menggunakan kukusan dapur gas sahaja, jika guna kukusan elektrik tidak perlu. Kukus pau anggaran 6-8 minit sahaja, jika guna acuan seperti di atas hanya 6 minit sudah memadai. Setelah pau masak dan cukup minitnya, terus angkat pau dari periuk kukusan dan biarkan selama 3-5 minit barulah boleh buka penutup. Itupun jangan buka terus yer, mula buka sedikit bagi renggang dan biarkan seketika barulah dibuka habis. Tujuan supaya suhu wap dapat keluar dengan perlahan serta tidak mengejut dan kulit pau tidak akan berkedut.

2. Untuk mendapatkan hasil serat pau yang halus, gebu dan ringan. Perkara utama, tepung haruslah diayak sebanyak 6-8 kali. Samada menggunakan apa jua jenis tepung, tepung pau atau tepung gandum (saya ayak 8 kali).

3. Adunan pau tidak buleh terdedah pada angin. Tutup sentiasa adunan dengan kain, setiap kali kita merounding.

4. Adunan pau haruslah direhatkan selama 1 jam di dalam peti sejuk selepas diuli. Tujuan untuk menstabilkan gluten tepung dan dikeluarkan setelah 1 jam direhatkan dan diuli kembali bersama yis selama 20 minit sahaja.

5. Panduan jika uli guna breadmaker;

Ulian pertama (30 minit) –

  • Mula bubuh air + garam + gula + susu pekat + minyak masak (uli 2 minit).
  • Selepas 2 minit baru masukkan tepung + baking powder (uli 3 minit).
  • Selepas 3 minit doh dah bergumpal baru masukkan shortening + breadimprover (uli sampai habes masa 30 minit).
  • Selepas dah uli habis masa 30 minit tadi, masukkan doh dalam plastik, ikat ketat dan masukkan dalam peti sejuk. Biarkan doh rehat selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, keluarkan doh dari dalam peti sejuk dan diuli semula serta bubuh yis hanya 20 minit sahaja.
  • Selepas tu dah selesai uli, keluarkan doh dari mangkuk breadmaker. Tumbok buang gas atau angin pada doh.

6. Untuk membahagikan doh atau timbang sebesar mana kita nak buat, elakkan dari mencubit doh. Gunakan gunting yer.

7. Dah selesai semua bubuh inti, rehatkn pau tadi selama 15 minit sahaja. Jika cuaca kurang panas dan muram, jadikan 20 minit. Jangan peram pau terlebih masa nanti pau akan jadi kecut bila dah siap dikukus.

8. Cuka makan; Dalam pembuatan pau, fungsi cuka makan jugak adalah sebagai agen pemutih selain menggunakan shortening. Jika menggunakan tepung gandum sahaja, masukkan 1 sb cuka (tiada efek pun pada rasa). Jika guna tepung pau, tidak perlu yer. Selain tu, kegunaan cuka jugak bila nak kukus pau buleh bubuh 1 sb ke dalam air kukusan. Bertujuan supaya pau tidak mudah kecut dan berkedut permukaannya.

Tapi ini optional saje yer, yang penting pau tidak buleh dikukus terlebih masa dan pastikan air kukusan tidak banyak serta air kukusan betul-betul mendidih baru kukus pau. Api gas jugak guna pada suhu sederhana besar sahaja, InsyaAllah dengan izin-NYA pau menjadi.

9. Ovalate; Penggunaan ovalate jugak boleh menjadikan stuktur pau gebu dan lembut, jika tiada pelembut roti seperti breadimprover dll.

Semoga ilmu yang tak seberapa ni memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih, sama-sama kita kongsikan ilmu dan rezeki bersama.

Guna Breadmaker Macam Ni Untuk Buat Pau Jadi Lebih Mudah >> KLIK DI SINI

Tip Membuat Pau Supaya Menjadi Gebu Elok

Resipi Oleh: Riesha Liena