Kuih Muih

Bingka Roti Marjerin Sedap Dibakar Garing

bingka-roti-marjerin-sedap-dibakar-garing

Bingka Roti Marjerin Sedap Dibakar Garing

Lama tak makan bingka buat simple aje menu minum petang. Bingka yang mudah sebegini pun sedap tau. Wangi sangat aroma masa keluar dari oven, ditambah pula bijan yang banyak dan dibakar garing di atasnya. Senang bila ada si kuning cantik Marjerin Seri Pelangi di dapur ku, tak kisah nak sediakan menu apa sekali pun tetap menyelerakan.

Bahan-Bahan:

  • 5 keping roti loaf
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar bijan putih – ditabur

Cara Membuatnya:

1. Roti dicarik atau digunting. Santan dan air disatukan dahulu kacau sebati. Satukan telur dan gula pukul hingga gula hancur dan kembang.

2. Kemudian tuang campuran santan dan air ke dalam adunan telur pukul sekata. Masukkan marjerin bersama esen vanila dipukul sekata lagi. Diikuti tepung gandum pukul hingga sebati.

3. Akhir sekali letak roti yang digunting tadi gaul hingga merata dan biarkan roti kembang selama 10 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih lapis Pisang

4. Sapukan loyang dengan marjerin, tuang adunan. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar suhu 190 selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu baru potong sedia dinikmati.

Bingka Roti Marjerin Sedap Dibakar Garing

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish