Kek

Steamed Chocolate Cheese Cake With Chocolate Ganache

steamed-chocolate-cheese-cake-with-chocolate-ganache

Steamed Chocolate Cheese Cake With Chocolate Ganache

Acah-acah, kemain namanya. Buat semalam #DariDapurCikKim untuk sambut birthday suami. Sebenarnya anak-anak yang semangat. Ibu ikutkan je, saja seronok-seronok.

Asalnya, resepi ni Cik Kim ambil dari group MAHN. Tapi Cik Kim ubah supaya ikut selera Cik Kim (kurang manis). Cik Kim pernah buat sebelum ni, tapi rasa manisnya masih tak menepati citarasa Cik Kim. Cik Kim kongsi sini, moga ada manfaatnya untuk yang lain.

Cara Buat Steamed Chocolate Cheese Cake

Bahan Kek Coklat:

Bahan A –

  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 4 biji telur

Bahan Lain –

  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sdk baking powder *
  • 1 sdk soda bikarbonat *

Bahan * diayak bersama

Cara Buat:

1. Masak Bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Ketepikan.

2. Pukul telur sampai kembang, dan masukkan Bahan A yang telah dipanaskan tadi. Masukkan tepung (Bahan Lain) sedikit demi sedikit sehingga bahan sebati.

Bahan Cream Cheese:

  • 500g cream cheese
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 sb tepung gandum
  • 2 sb air panas mendidih

Cara Buat:

1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan air panas dan pukul sehingga sebati. Ketepikan.

Cara Kukus atau Steamed Cake

1. Panaskan air kukusan. Masukkan adunan kek coklat, kukus lebih kurang 5 minit.

2. Masukkan adunan cream cheese, kukus lebih kurang 5 minit. Selang selikan adunan mengikut kegemaran sendiri.

Cara Buat Chocolate Ganache

Bahan-Bahan:

  • 4 sb serbuk koko
  • 3 sb susu pekat
  • 2 sb butter/minyak masak
  • 1 sb air

+ Masukkan dalam satu bekas & pekatkan mengikut kaedah double boiling.

Steamed Chocolate Cheese Cake With Chocolate Ganache

Resepi Oleh: Nor Ashikim Mahmad Redzuan