Tauhu Sumbat Kuah Kacang Kurang Minyak

Tauhu Sumbat Kuah Kacang Kurang Minyak

Akak share resipi tauhu sumbat dan kuah kacang less minyak, hepi menerai.

Bahan dan Cara Buat Tauhu:

  • 8 keping tauhu – potong dua, gaulkan dengan garam & lada sulah dan digoreng
  • 50g batang carrot dihiris julienne
  • 50g batang timun Jepun dihiris julienne
  • 50g sengkuang dihiris julienne
  • 50g tauge dicelur sedikit

+ Potong sedikit bahagian tengah tauhu & sumbatkan sayur-sayuranan diatas

Bahan Kuah Kacang Kurang Minyak:

  • 200g kacang tanah
  • 10 tangkai cili kering dipotong pendek
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 tangkai cili padi Siam merah (optional) dihiris
  • 2 sdm petis udang/2 sdm udang kering digoreng
  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm air asam jawa pekat
  • Garam, gula & perasa ikut selera
  • 1 cawan air (lebih kurang)

Cara Memasak:

1. Goreng asing-asing kacang tanah, cili kering, bawang besar, bawang putih, cili padi siam dan toskan.

2. Kisar bersama cili kering, bawang besar, bawang putih, cili padi siam dengan 1/2 cawan air hingga lumat.

3. Masukkan kacang tanah dan kisar lagi ikut selera sama ada nak kacang jadi kasar-kasar atau lumat.

4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama petis udang, sos cili, garam, gula, perasa, air asam jawa dan 1/2 cawan air.

5. Didihkan bahan hingga kuah menjadi sedikit pekat. Balancekan rasa ikut selera. Boleh dihidangkan dengan tauhu.

Nota: Boleh gantikan petis udang dengan 1/2 inci belacan. Sedap juga dimakan dengan cucur kucai atau kuih lain yang sesuai makan dengan kuah kacang. Tak habis sila frozenkan, hepi menerai.

Tauhu Sumbat Kuah Kacang Kurang Minyak

Resepi Oleh: Kak Roy