Resepi Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Kudapan Di Senja Hari. Yok la kita kongsi-kongsi acara latihan mulut dan menguji kekuatan gigi. Satu lagi, mana tahu nenjadi sumber pendapatan di musim-musim begini. Atau bertambah lagi income dibulan puasa.
Bahan-Bahan:
- 1 kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit. Ada dijual dipasar raya/kedai runcit. – dibersih dan toskan
- 2 sudu makan baking powder – untuk merangupkan kacang dan cepat garing
- 4 ulas atau lebih bawang putih – ditumbuk
- 1 – 2 sudu makan ketumbar – ditumbuk
- Garam
- Stock ikan bilis (jika suka)
- Serbuk lada hitam
- Air
- Bawang putih tambahan – dihiris
- Daun kari
- Lada kering – hiris
- Minyak
Cara Membuat:
1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder. Serta, masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit.
2. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering.
3. Masukkan minyak dan goreng kacang dengan menggunakan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
4. Gaulkan bersama dengan stok ikan bilis dan serbuk lada hitam. Terpulang atas selera masing-masing untuk merasakan kesesuaian kesedapan. SIAP!.
Boleh Dapatkan Kacang Tanah Mentah Buang Kulit Di Sini >> https://shope.ee/8eruw6XX7p
Resepi Oleh: Angah Izan