Masakan Korea, Mee

Resepi Masakan Korea Jjangmyeon Guna Numee

resepi-masakan-korea-jjangmyeon-guna-numee

Resepi Masakan Korea Jjangmyeon Guna Numee

Siapa peminat makanan Korea tu mesti kenal Jjangmyon kan? Kalau nak makan dekat restoren masakan Korea agak mahal jadi buat sendiri lebih jimat. Guna mi Numee dari Gardenia dan bahan-bahan lain yang mudah didapati. Rasa lebih kurang sama saja, sedap juga.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 bungkus Numee Gardenia
  • 1 ulas bawang putih⁣
  • 1 sudu taucu Kicap Jalen ⁣
  • 4 sudu kicap pekat Kicap Jalen
  • 1 sudu sos tiram Kicap Jalen
  • kicap lemak manis Kicap Jalen secukup rasa⁣
  • air secukupnya ⁣
  • 4 sudu minyak masak⁣
  • 1 keping dada ayam (potong dadu)⁣
  • sebiji kentang (potong dadu)⁣
  • 1 biji bawang besar (potong dadu) ⁣
  • 1/4 biji kobis (potong dadu)⁣
  • 1 biji lada hijau (potong dadu)⁣
  • 2 sudu gula perang⁣
  • beberapa titik minyak bijan⁣
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)⁣
  • sedikit hirisan timun⁣

Cara Memasak:

1. Panaskan air, celur numee sampai lembut. Bilas dan toskan air.⁣ Kisar bawang putih, taucu, kicap pekat, sos tiram, kicap lemak manis dan 1/2 cawan air sampai lumat.⁣

Cuba Resepi Ni:  Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah

2. Panaskan minyak. Goreng ayam, kentang, dan bawang besar sampai hampir masak.⁣ Masukkan bahan blend, kobis dan lada hijau. Kacau sampai mendidih.

3. Perasakan dengan gula dan minyak bijan. Jika kurang air, boleh tambah. Kacau dan biar masak mendidih.⁣ Masukkan air tepung jagung dan terus kacau. Bila dah mendidih lama dan pekat, tutup api.

4. Akhir sekali, tuang kuah atas mee tadi, hiaskan dengan hirisan timun. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.⁣

Resepi Masakan Korea Jjangmyeon Guna Numee

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo