Kuih Muih

Kuih Sentiling Singkong atau Lapis Ubi Kayu

kuih-sentiling-singkong-atau-lapis-ubi-kayu

Kuih Sentiling Singkong atau Lapis Ubi Kayu

Suka ke tidak? Mencuba resepi dari seberang kok. Bukan Jawa…tapi suka.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut – tak perlu diperah airnya.
  • 1 1/4 cawan gula pasir – boleh di kurangkan jika tidak suka manis
  • 1 cawan santan
  • 1 bungkus agar-agar plain (serbuk) = 25 gm – kosong tanpa perisa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 pewarna yang digemari
  • 100 gram kelapa parut

Cara Membuat:

1. Masukkan garam bersama santan, gula pasir, garam berserta ubi yang telah diparut juga agar-agar serbuk. Kacau rata.

2. Setelah dikacau rata, bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diwarnakan dengan warna yang berlainan.

3. Panaskan pengukus dan oleskan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiap satu bahagian sehingga masak.

4. Lapiskan satu lagi warna dan lakukan sama dengan warna yang lain sehingga kesemuanya masak.

5. Kukus kelapa sebentar bersama garam. Setelah sejuk bolehlah di potong kuih dan disalut dengan kelapa. SIAP!.

Kuih Sentiling Singkong atau Lapis Ubi Kayu

Resepi Oleh: Angah Izan