snek, Snek

Resepi Cucur Kucai Dengan Kuah Kacang

resepi-cucur-kucai-dengan-kuah-kacang

Resepi Cucur Kucai Dengan Kuah Kacang

Bahan-Bahan:

  • 6 cawan tepung gandum cap sauh
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 cawan daun kucai (potong dan sukat)
  • 3 cawan taugeh
  • 1 peket mauripan
  • 1 sudu teh membukit garam
  • 1 sudu teh membukit serbuk kunyit
  • 1/2 kilo udang segar (buang kulitnya dan potong 2 bahagian)

Cara Membuatnya:

1. Satukan tepung, air, garam, serbuk kunyit dan mauripan. Gaul semua bahan hingga sebati.

2. Masukkan udang, gaul sebati kemudian masukkan daun kucai dan taugeh. Gaul sebati lagi, peram selama 30 minit di dalam peti sejuk bahagian bawah.

3. Bila dah cukup 30 minit, bolehlah digoreng. Jemput-jemputkan dalam minyak yang panas, dah cukup garing angkat dan toskan.

Cara Buat Kuah Kacang (kuah kacang untuk sate/nasi impit berbeza sikit dengan yang ni tau)

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan kacang tanah – goreng, toskan, biarkan sejuk sekejap dan kisar
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air asam jawa (sederhana pekat)
  • 2 keping nise (jika guna gula merah batang guna 1/2 batang jer)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 3 cawan air (jika pekat sila tambah)

Bahan Kisar Halus:

  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering
  • 3 batang serai
  • 3/4 cawan minyak masak
Cuba Resepi Ni:  Kentang Sira Pedas Makan Dengan Nasi Pun Sedap

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali (jangan letak minyak sebab kita dah letak minyak masa kisar bahan tadi).

2. Masukkan nise/gula melaka, gula, garam, bahan peras, air asam jawa. Tumis hingga naik minyak dan sambal jadi merah gelap. Masukkan kacang dan santan, kacau sebati.

3. Masukkan air, masak hingga mendidih. Apabila dah elok masak, sesuaikan rasa dan jika pekat tambah air. Buang lebihan minyak, siap.

Resepi Cucur Kucai Dengan Kuah Kacang

Resepi Oleh: Mariana Zainal