Resepi Super Soft Donut dengan Sugar Glaze

Resepi Super Soft Donut & Eclairs Donut Dengan Sugar Glaze yang Tahan Lama

Bahan-Bahan:

4 cawan / 500gm tepung gandum
250 – 300ml (lebih kurang) air sejuk dari peti sejuk
2 biji telur kuning
4 sb shortening/ margerin
3 sb susu tepung
1 sb susu pekat
3 sb gula
1 sk garam
2 sb yis
1 sb RFB pelembut roti (apa-apa jenama)

Cara Membuat:

1. Pukul telur satukan dengan air, campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh, kemudian baru masukkan shortening/margerin.

2. Uli lagi hingga ELASTIK untuk dapat donut yang sangat lembut. Perap hingga naik 2 kali ganda. Buang angin.

3. Timbang 60 gm untuk Eclairs Donut buat rounding hingga licin. Biarkan don naik lagi, jangan lupa tutup donut semasa perap untuk elak doh kering, kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

3. Untuk Donut Ring; selepas rounding biarkan kembang sekali ganda baru lubangkan tengah, biarkan rest lagi beberapa minit dan goreng dengan api sederhana.

4. Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya semasa mengoreng hanya dua kali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.

Resepi Sugar Glaze

Bahan-Bahan:

1 cawan kecil icing sugar
3 sb susu segar (lebih kurang)

Cara Buat:

1. Campurkan susu segar dan icing sugar, tambah pewarna atau serbuk koko, terus letak atas donut, tak perlu dimasak.

2. Boleh tambah serbuk coklat untuk coklat glaze atau tambah apa-apa pewarna yang disukai. Boleh juga tabur bijian warna warni.

Resepi Oleh: Amie Samuri dari FB Group MAHN