
Resepi Brownies Chip Coklat
Bahan-Bahan:
85g butter (2 sudu besar saya guna)
250g dark chocolate (saya guna 1 bar coklat)
2 biji telur gred A
140g gula kastor (1 1/2 cawan )
1 skt esen vanila
100g tepung gandum (1 1/2 cawan tepng superfine)
1/4sk baking powder
1sb serbuk koko
Secubit garam halus (saya tak letak sebab guna majerin)
Cara-caranya:
1. Cairkan butter dan dark chocolate (kaedah double boil).
2. Campurkan telur, gula, dan esen vanila. Whisk sebati sahaja, tak perlu sampai kembang.
3. Masukkan cairan coklat dan butter tadi (panas-panas). Jangan kacau dulu.
4. Teruskan masuk tepung yang dah diayak bersama bahan lain tadi. Then, baru kacau/whisk untuk sebatikan semua bahan. Ok siap.
5. Oles minyak/butter kat loyang. Alas baking paper supaya senang nak angkat keluar brownies nanti.
6. Bakar pada suhu 170° selama 35-40 minit dengan api atas bawah. Atau ikut suhu oven masing-masing.
Resepi Oleh: Azwin Azman – MAHN