Resepi Kek Lapis Oreo Kukus

Resepi Kek Lapis Oreo Kukus

Bahan-Bahan:

10 biji telur
16oz mentega
1 gelas gula halus
1/2 tin susu pekat
1 gelas tepung biskut marie
1 gelas tepung gandum
1 botol kecil horlick
1 tin kecil kaya
1 gelas kecil nestum
4 bungkus besar oreo (jika nak oreo tersusun rapat boleh tambah lagi)
Esen vanilla
Pewarna hijau & kuning

Cara Membuat:

1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Pukul lagi.

2. Masukkan susu, tepung biskut, tepung, dan horlick, kacau rata. Akhir sekali essen vanila.

3. Bahagi 2 bahagian iaitu hijau + kaya dan kuning + nestum.

4. Lapis sesenduk adunan hijau, kukus lebih kurang 8 minit, susun biskut oreo. Kemudian, lapiskan adunan kuning. Lapislah sehingga masak mengikut cara diatas.

5. Bila selesai lapis semua, kukus lagi selama 1 jam atau sehingga kek masak.

6. Sila pastikan api sederhana besar dan tutup permukaan kek setiap masa mengukus untuk elakkan air masuk ke dalam kek.

Resepi Oleh: Rushdy Rosli – MAHN