
Resepi Eclairs Coklat
Bahan-Bahan:
70 gm mentega
150 ml air
100 gm tepung gandum – diayak
2 biji telur
100gm coklat masakan
Cara Membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Masukkan air dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Perlahankan api, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau tepung sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
3. Angkat adunan dan sejukkan seketika. Kemudian barulah dipukul menggunakan mesin pengadun sehingga licin.
4. Masukkan adunan ke dalam pipping bag dan paipkan ke atas Loyang yang telah disapu mentega.
5. Bakar selama 20-25 minit. Apabila masak, keluarkan dari dulang dan sejukkan seketika.
6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik ‘double boiler’. Celupkan eclairs tadi ke dalam coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.